Amalan 5S
merupakan landasan utama budaya EKSA. 5S adalah singkatan daripada
perkataan bahasa Jepun
iaitu Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke.
Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah:
1. SISIH
Tumpuan diberikan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
Aktiviti sisih melibatkan:
·
Item yang tiada nilai dan senang dibuang, perlu dibuang segera.
·
Item yang ada nilai tetapi tidak digunakan dan tiada
kegunaan pada masa akan datang, maka perlu dihapuskan atau dijual mengikut prosedur.
·
Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan
tinggi, maka kaedah atau kos yang paling rendah, perlu ditentukan.
2. SUSUN
Amalan ini
merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap
tempat ada barangnya”.
Penekanan
tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat.
Aktiviti ini melibatkan:
·
Item yang disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput
Dulu Keluar Dulu) jika mempunyai tarikh
luput. Jika item tidak mempunyai
tarikh luput ATAU item mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk
Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.
· Item yang dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.
· Item yang disimpan mengikut kategori.
· Item yang diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
Semasa bekerja,
kedudukan fail aktif dan bahan rujukan yang digunakan, adalah di atas meja.
Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal.
3. SAPU
Aktiviti ini:
·
Menetapkan pemilik (ownership) bagi setiap ruang, perkakas dan mesin.
· Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
· Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.
Piawaian
persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan
teratur sepanjang masa.
Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan
keseragaman prosedur, susun atur atau format
5. SENTIASA AMAL
Tindakan yang
diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta
melakukan penambahbaikan untuk mempergiatkan amalan EKSA.
Aktiviti ini melibatkan:
· Audit dalaman dilakukan secara berkala.
· Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
·
Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga hospital.
- Mengadakan program kesedaran EKSA secara
berterusan melalui latihan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan