A. TUJUAN
Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Versi 1/2016
merupakan bahan rujukan bagi pempiawaian tindakan untuk mengekalkan kebersihan,
kekemasan dan keselamatan hospital. Garis panduan ini penting bagi
menyelaraskan semula serta membuat penambahbaikan terhadap aktiviti amalan EKSA
yang sedia ada di kalangan warga Hospital Tapah agar persekitaran kerja yang
kondusif dapat dikekalkan. Umumnya, pelaksanaan EKSA masih tertakluk kepada
kesesuaian peringkat zon sesuatu jabatan / unit di hospital ini.
B. LATAR BELAKANG
EKSA telah mula diamalkan di Hospital Tapah secara rasmi pada 2016.
Budaya persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal, dapat
dijadikan sebagai satu amalan. Kos operasi dapat dijimatkan apabila pembaziran
masa dan ruang dikurangkan.
Antara faktor
yang berpotensi menyumbang ke arah pemantapan budaya EKSA Hospital Tapah
adalah:
i.
Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan hospital
ii.
Struktur pengurusan EKSA yang cekap dan berkesan
iii.
Pendidikan dan latihan kepada warga
hospital
iv.
Komunikasi yang berkesan di kalangan warga hospital
v.
Pelan pelaksanaan yang mantap
vi.
Perkongsian amalan baik EKSA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan